Puasa Enam Hari Ganjaran Setahun

DARIPADA Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit. Orang yang berpuasa Ramadan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.


Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.


Seseorang yang hendak berpuasa sunat pada Syawal adalah lebih afdal berturutan seperti puasa Ramadan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh Syawal berkenaan.

source: JAKIM

0 Komen pada "Puasa Enam Hari Ganjaran Setahun"

Post a Comment

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net