Asap Maut - Rokok

Pada kali ini ruang jejakjemari ingin berkongsi info mengenai Asap Maut iaitu ROKOK. Mengikut kajian asap ini penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian awal... walaupun kita tahu ajal dan maut ditangan tuhan tetapi kita wajib menjauhi perkara yang boleh memudaratkan dir dan orang lain.Asap ini bertanggungjawab keatas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain. 75% penyakit penafasan, 25% penyakit jantung koronori, komplikasi semasa mengandung dan penyakit penafasan di kalangan kanak-kanak.


Sesiapa yang menyedut asap ini lebih 20 kali sehari mempunyi 10 hingga 15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana asap ini mendedahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.

asap maut ini sudah tentulah rokok yang orang sanggup berhabis duit untuk memperolehinya.... mungkin benar kata orang tak sempat kepala hendak beruban kerana cepat mati.....


Berikut adalah bahan-bahan yang terdapat didalam rokok

  1. Aseton (Penanggal Cat)
  2. Amonia (Pencuci lantai) p/s untung dapat cuci mulut dengan perut
  3. Naphthylamine
  4. Metanoi(Bahan Api) P/s Macam kereta dengan motor pulak
  5. Naftalena (ubat gegat) p/s yang penting lipas mesti tak ada kat rumah
  6. Kadmium (digunakan dalam bateri kereta) p/s kalau bateri kereta weak boleh lah cas...
  7. Polonium-201
  8. Karbon Monoksida (Gas Beracun dari ekzos kereta) dah habis rokok sedut je asap kereta dan motor leh jimat duit.
  9. Vinil Klorida (membuat PVC)
  10. Hidrogen Sianida(Racun yang digunakan dalam kebuk gas)
  11. Toluidina
  12. Uretana
  13. Toluena
  14. Arsenik (Racun anai-anai) bahan perabut mesti tak makan anai-anai
  15. Dibenzakridine
  16. Fenol
  17. Butana
  18. DDT (Racun makhluk perosak) sama lah macam racun tikus agaknya
  19. Nikotin
  20. Benzopyrine
  21. Tar


Pada sesiapa yang terlibat. jom berhenti merokok sebelum terlambat.. :)
Bincang dengan ahli farmasi atau doktor anda hari ini mengenai ubat terbaru bagi membantu anda berhenti merokok.


Pendapat? sila kongsi pada ruang komen.

1 Komen pada "Asap Maut - Rokok"

  1. Anonymous says:

    Saya kira tiada faedah langsung merokok kerana 100% rokok direka khas merosakkan...
    Tiada seorang doktorpun yang boleh mengatakan merokok adalah aktiviti yang sihat walaupun doktor tersebut seorang perokok tegar...

Post a Comment

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net